Home » Sabah sumbang RM21.6 juta kepada sekolah-sekolah, badan-badan keagamaan bukan Islam
Berita Gagasan Rakyat Berita GRS Politik

Sabah sumbang RM21.6 juta kepada sekolah-sekolah, badan-badan keagamaan bukan Islam

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menyerahkan sumbangan. (Gambar MOF)

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, menyampaikan bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM21.6 juta kepada sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam bagi Zon Pantai Barat Selatan pada selasa pagi.

Dari jumlah tersebut, RM7.77 juta diagihkan kepada 129 buah sekolah, RM10.92 juta kepada 531 buah gereja, RM2.63 juta kepada 51 buah tokong, dan RM270,000 kepada 4 buah kuil.

Sesi pemberian bantuan ini merupakan yang pertama untuk Zon Pantai Barat Selatan yang meliputi daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang, dan Putatan.

Ini akan diikuti dengan lima lagi sesi yang diadakan untuk zon-zon lain termasuk Pantai Barat Utara, Pedalaman Atas, Pedalaman Bawah, Pantai Timur (Sandakan) dan Pantai Timur (Tawau).

Dalam ucapan beliau, Masidi menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan setiap sektor masyarakat Sabah mendapat manfaat yang saksama dan adil.

— TAMAT