𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀:
𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐌𝟏.𝟓 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐎𝐍
Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai peningkatan Bayaran Khas Interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.
Keputusan ini merupakan satu perkembangan yang amat signifikan dan mencerminkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta tanggungjawab perlembagaan terhadap negeri Sabah.
Wanita Gagasan Rakyat merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas komitmen yang ditunjukkan dalam memperkukuh kedudukan kewangan Sabah sementara menunggu mekanisme pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan dimuktamadkan.
𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗚𝗮𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐮-𝐚𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐌𝟏.𝟓 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧 sebagai satu pencapaian penting hasil rundingan berterusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun, kami ingin menegaskan bahawa 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗵𝗮𝗸 𝟰𝟬 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵.
Bayaran interim ini merupakan langkah ke hadapan yang wajar dihargai, tetapi ia bukan pengganti kepada hak perlembagaan Sabah. Perjuangan menuntut hak 40 peratus akan terus disokong dan diperkasakan sehingga penyelesaian muktamad dapat dicapai selaras dengan semangat MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama, kami menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta kepimpinan Kerajaan Negeri yang terus konsisten memperjuangkan hak-hak Sabah melalui pendekatan rundingan yang berhemah, strategik dan berasaskan semangat kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Perjuangan menuntut hak Sabah bukan sekadar slogan atau retorik politik, tetapi satu usaha berterusan yang memerlukan kebijaksanaan, kesabaran dan komitmen semua pihak demi kepentingan rakyat serta masa depan negeri.
Wanita Gagasan Rakyat melihat peningkatan Bayaran Khas Interim kepada RM1.5 bilion ini sebagai satu pencapaian penting dalam sejarah perjuangan hak-hak Sabah. Ia juga menjadi petunjuk jelas bahawa tuntutan negeri ini terus mendapat perhatian dan pertimbangan serius di peringkat Persekutuan.
Peruntukan tambahan ini diyakini akan membantu Kerajaan Negeri mempercepat pelaksanaan pelbagai program dan projek pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya dalam aspek bekalan air, infrastruktur jalan raya, pendidikan, kesihatan serta pembangunan luar bandar.
Selain memperkukuh kapasiti pembangunan negeri, peningkatan bayaran khas interim ini juga berpotensi memperluaskan ruang fiskal Sabah bagi melaksanakan lebih banyak inisiatif kebajikan dan program pembangunan rakyat yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat.
Sehubungan itu, Wanita Gagasan Rakyat akan terus menyokong segala usaha kerajaan bagi memastikan peruntukan yang diterima dimanfaatkan secara telus, berkesan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat Sabah.
Kami percaya hubungan erat dan kerjasama yang konstruktif antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan Sabah yang lebih pesat, inklusif dan mampan.
“Hak Sabah Terus Diperjuangkan, Kebajikan Rakyat Terus Diutamakan.”
𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗥𝗘𝗗𝗢𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡𝗗𝗔
𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗚𝗮𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 (𝗚𝗮𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁)
𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲

























Add Comment