KOTA KINABALU: Encik Abd Wahid Abd Razak yang dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu pada Rabu.
Abd Wahid, yang berasal dari Membakut merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah (MBS).
Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd.Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong.
–Tamat
Add Comment