Home ยป Bekas Ahli Parlimen Sepanggar sertai Gagasan Rakyat
Berita Gagasan Rakyat Berita GRS Politik

Bekas Ahli Parlimen Sepanggar sertai Gagasan Rakyat

Datuk Jumat Idris (kiri) merupakan bekas Ahli Parlimen Sepanggar yang berkhidmat dalam Parlimen Malaysia ke-13 mewakili parti BN-UMNO.

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris mengesahkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di sini hari ini.

Borang kemasukkan ke Gagasan Rakyat diserahkan sendiri Jumat kepada Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Datuk Razali Razi dalam Majlis Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Dun Karambunai.

 Jumat pernah memegang jawatan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas, Penerangan Sabah.

Penglibatan diri dalam dunia politik bermula ketika beliau dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Sepanggar pada 2008 sehingga 2015.

Kemudiannya dilantik Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sepanggar pada 2010 sehingga 2015.

Beliau kekal setia bersama BN meskipun ramai rakannya telah lompat parti menyertai parti pembangkang pada 2018 setelah kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke 14.

— TAMAT