Home » Belanjawan Sabah 2025: Bukti kejayaan kerajaan GRS PH Plus pimpinan Hajiji membela rakyat
KENYATAAN MEDIA Politik

Belanjawan Sabah 2025: Bukti kejayaan kerajaan GRS PH Plus pimpinan Hajiji membela rakyat

YBhg Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria merupakan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian N21 Luyang.. Beliau juga adalah Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah.

Saya dan seluruh pimpinan bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) N21 Luyang  ingin menzahirkan ucapan tahniah yang tidak terhingga  kepada Kerajaan Negeri Sabah atas pembentangan Belanjawan Sabah 2025 yang bertemakan “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera”.

Belanjawan Sabah 2025 membuktikan kejayaan Kerajaan GRS PH Plus yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan negeri telah berjaya mencapai tahap kewangan yang stabil dan mampan yang membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Sabah.

Kerajaan negeri terus memberi tumpuan kepada sektor pendidikan melalui peruntukan RM127 juta untuk program biasiswa, dermasiswa, dan bantuan pelajar negeri, yang bakal memanfaatkan lebih 10,000 pelajar termasuk pelajar baharu.

Tidak lupa juga sumbangan sebanyak RM300 seorang secara one-off kepada Mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) pada tahun hadapan .

Usaha ini membuktikan kerajaan yang ada pada hari ini sangat mengambil berat terhadap aspek pendidikan iaitu modal insan bagi melahirkan generasi yang kompeten.

Bantuan lain seperti Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), dan Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM26.4 juta turut diteruskan dalam usaha memartabatkan pendidikan secara menyeluruh.

Pada Belanjawan 2025, peruntukan sebanyak RM9.73 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) untuk perbelanjaan operasi serta pelaksanaan pelbagai program bagi membangun, memperkasa dan melahirkan pemimpin wanita yang berwibawa.

Jumlah ini jauh lebih besar berbanding pada Belanjawan 2024 iaitu sebanyak RM6.27 juta dan RM5.83 juta pada Belanjawan 2023. Inilah bukti besar di bawah Kerajaan GRS-PH Plus martabat wanita diangkat dan diutamakan.

Melalui Yayasan Usaha Maju (YUM) diperuntukkan sebanyak RM11.6 juta untuk meneruskan Program Kredit Mikro kepada peniaga IKS khususnya golongan wanita bagi membantu golongan berpendapatan rendah agar dapat menjana pendapatan keluarga melalui peniagaan kecil-kecilan yang diusahakan.


Gagasan Rakyat Luyang juga turut menyambut baik usaha kerajaan untuk mensejahterakan rakyat melalui program kebajikan seperti Program Sentuhan Kasih Rakyat yang menyediakan bantuan bulanan RM300 selama setahun, dan pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra SMJ dengan peruntukan RM250 juta.

Buat julung kali dalam Sejarah belanjawan Negeri Sabah ini, nasib peniaga-peniaga tepi jalan yang banyak dipelopori oleh kaum hawa terutamanya ibu tunggal dibela dengan pemberian insentif sebanyak RM5,000.00 secara one-off kepada yang mempunyai lesen yang sah.

Sudah pasti dengan pemberian insentif ini akan dapat menjadi dorongan kepada para peniaga tepi jalan untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

Dalam pada itu, kerajaan juga tidak melupakan penjawat awam di negeri ini yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan agenda Kerajaan selain pentadbiran perkhidmatan di negeri ini.

Selain itu, hampir 19,000 kakitangan awam negeri, termasuk pekerja kontrak dan sambilan, akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000 pada Januari 2025.

Belanjawan kali ini jelas memperlihatkan keprihatinan terhadap keperluan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dimana semua rakyat terbela di bawah kerajaan GRS-PH pimpinan YAB Ketua Menteri kita.

Saya dan seluruh pimpinan bahagian terus berdoa agar Belanjawan 2025 akan diluluskan sepenuhnya bagi memastikan negeri ini terus mencapai kemakmuran dan rakyat Sabah dapat hidup dengan Sejahtera melalui  inisiatif-inisiatif yang ditawarkan .

*YBhg Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria merupakan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian N21 Luyang..
*Beliau juga adalah Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah.


About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment