PENAMPANG: Program rumah terbuka perlu diteruskan agar dapat diwarisi oleh anak cucu pada masa akan datang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, program rumah terbuka seperti Rumah Terbuka Krismas ini sudah menjadi kebiasaan dan diadakan sejak turun temurun di negeri ini.
“Program hari ini menggambarkan sesuatu yang unik dan sudah menjadi satu kebiasaan di Sabah serta sudah diamalkan sejak beratus tahun dahulu secara turun temurun. Saya berharap program seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan
datang.
“Ini menunjukkan bahawa walaupun kita mempunyai kepelbagaian kaum dan agama, tetapi kita bersatu demi kepentingan bersama,” katanya kepada media sempena Rumah Terbuka Krismas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Tahun Baharu 2024 di ITCC, di sini pada Jumaat.
Justeru, beliau berkata program seperti ini bukan saja sesuatu yang amat baik malah menunjukkan keharmonian perpaduan rakyat berbilang kaum di Sabah yang begitu unik dan perlu dipelihara.
–Tamat
Add Comment