TENOM: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Melalap Datuk Jamawi Jaafar menyokong kerjasama Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
Katanya, kerjasama itu adalah petanda baik bagi kedua-dua parti itu dan juga Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, pada Sabtu.
Hampir 1,000 masyarakat Melalap telah menghadiri di majlis itu. Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi PBS Datuk Fredian Gan dan Stanis Buandi.
Dalam ucapannya, Jamawi menzahirkan terima kasih kepada semua masyarakat akar umbi yang hadir dan juga para pemimpin politik setempat di kawasan Melalap.
Gagasan Rakyat Bahagian Melalap yang dipimpin Jamawi kini telah mencecah hampir 7,000 ahlinya.
— Yap Siong Han
Add Comment