SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew menzahirkan penghargaan kepada semua pihak berwajib yang bersama-sama mengatasi kesesakan jalan yang berlaku Jalan Cecily di sini baru-baru ini.
George berkata, kesesakan jalan raya berlaku berikutan sebatang pokok besar tumbang di Loji Air Sibuga seterusnya menghalang lalu lintas di kawasan itu.
“Bersyukur kerana tiada kemalangan tidak diingin berlaku. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk mengatasi masalah itu,” katanya.
George berkata, beliau juga menyumbangkan seunit ‘chainsaw’ kepada pihak berwajib agar dapat mempercepatkan lagi kerja-kerja pemotongan kayu berkenaan.
Beliau menasihatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa peka, berhati-hati khususnya di kawasan yang sering berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang.
“Pihak saya akan terus pantau kawasan berisiko dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.
— TAMAT
Add Comment