Home » Hajiji hargai peranan penting PBS dalam GRS
Politik

Hajiji hargai peranan penting PBS dalam GRS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menghargai peranan penting Parti Bersatu Sabah dalam memperkuatkan lagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Hajiji berkata, sebagai rakan kongsi utama dalam GRS, PBS perlu terus bekerja keras seiring dengan parti komponen yang lain untuk mengukuhkan lagi gabungan tempatan sebagai pilihan pilihan rakyat Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan tertinggi PBS di Seri Gaya di sini hari ini.

Mengetuai rombongan PBS dalam pertemuan itu adalah Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata,  sebagai satu daripada komponen utama GRS, PBS berjanji untuk bekerjasama rapat dengan parti komponen lain bagi kukuhkan gabungan berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Presiden PBS Datuk Jahid Jahim dan Datuk Seri Panglima Dr. Yee Moh Chai; Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki; Bendahari Agung PBS Datuk Lu Kim Yen; Naib Presiden PBS Datuk Ruslan Muharam dan Hendrus Anding; Penolong Setiausaha Agung PBS Jonnybone Kurum dan Penolong Bendahari Agung PBS Lo Su Fui.

–TAMAT