Home » Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kesihatan
Berita GRS Politik

Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kesihatan

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderakenangan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pada kunjungan hormatnya di Sri Gaya pada Khamis.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, di Sri Gaya di sini semalam.

Rombongan menteri itu turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab serta pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan.

Dalam kunjungan hormat itu, Hajiji turut dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bilangan 2 Tahun 2025 yang berlangsung hari ini.

Selain itu, pelbagai isu-isu kesihatan di negeri ini turut dibincangkan bersama termasuk berkaitan fasiliti dan perkhidmatan kesihatan serta lawatan yang akan dibuat oleh Menteri Kesihatan di Hospital Queen Elizabeth 2 hari ini dan Hospital Papar esok.

— TAMAT