Home » Hajiji terima kunjungan Menteri Besar Kelantan
Berita Gagasan Rakyat Politik

Hajiji terima kunjungan Menteri Besar Kelantan

SELAMAT DATANG: Hajiji menerima Kunjungan Hormat daripada YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya di sini pada Khamis.

Mohd Nassuruddin berada di Sabah sehingga Jumaat bagi menghadiri majlis rasmi di Kota Kinabalu dan ini adalah kunjungan rasmi pertamanya ke Sabah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 pada 15 Ogos 2023.

Turut hadir ialah isteri Mohd Nassuruddin Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacub, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan Asri Mat Daud dan timbalannya Nik Bahrum Nik Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Abdul Rahman Yunus dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Bahari Mohamed Nor.

CENDERAHATI: Hajiji menerima cenderahati daripada Mohd Nassuruddin.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Nuinda Alias.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment