SANDAKAN: Ibubapa perlu memainkan peranan besar dalam membentuk pendidikan anak masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew berkata, pendidikan adalah tanggungjawab bersama dan tidak wajar diserahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada guru atau pihak sekolah.
“Baru-baru ini, saya merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Melanta Jaya, Sandakan.
“Saya kagum melihat kerjasama erat diantara ibu bapa dan guru di sini. PIBG mereka aktif sepanjang tahun, bukan sahaja dalam pendidikan tetapi juga kebajikan dan pembangunan sahsiah murid,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, lebih membanggakan apabila ibu bapa terlibat secara langsung dalam hal ehwal sekolah dan membantu menjayakan pelbagai program.
“Syabas PIBG SK Sri Melanta Jaya…Semoga usaha ini menjadi contoh kepada sekolah lain di Karamunting,” katanya.
— TAMAT
Add Comment