Tahniah kerajaan negeri Sabah. Belanjawan negeri Sabah kali ini membuktikan bahawa kerjaaan yang stabil dapat mengembalikan mandat kepada rakyat.
Hampir semua insentif yang diberikan pada belanjawan tahun 2025 merupakan khabar gembira buat semua lapisan masyarakat daripada golongan belia, warga emas, rentan dan OKU.
Namun insentif Program Sentuhan Kasih Rakyat pemberian bantuan sebanyak RM 300 sebulan selama setahun adalah yang menarik minat saya. Jumlah RM 300 bagi golongan miskin dan miskin tegar adalah sangat memberangsangkan, ini membuktikan bahawa kerajaan pada hari ini mempunyai daya peduli yang tinggi bagi golongan sebegini.
Pernah zaman tok nenek dulu katanya jangan terlalu berharap dengan bantuan kerajaan, orang Melayu malas ! Tapi kerajaan pada kali ini meyantuni rakyat yang memerlukan dengan pemberian bantuan sepanjang tahun ! Syabas kerajaan negeri Sabah !
Semoga dengan insentif ini dapat meringankan beban bagi golongan yang memerlukan, mungkin nilainya tidak seberapa dengan harga barang yang ada tapi inilah salah satu kejayaan negeri Sabah bagi membantu golongan yang miskin dan miskin tegar.
Sesuai dengan matlamat Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera insentif ini membuktikan keadaan politik yang makmur dan aman dapat menjadikan negeri kita berada di fasa yang baik demi menjamin kesejahteraan masyarakat.
Terima kasih Ketua Menteri Sabah yang sentiasa peka dan kasih kepada masyarakat.
*Dayang Nur Aqilah merupakan Exco Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
*Beliau juga merupakan Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Petagas
Add Comment