PAPAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawang, Dato Sri Gulam Haidar Khan Bahadar mengajak ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mencontohi akar pokok betik/papaya (atau kapayas dalam bahasa tempatan) yang mengakar kuat.
“Ini perlu dicontohi oleh ahli-ahli supaya parti tidak mudah tewas (tumbang) bila dilanda ribut politik yang mengganas,” katanya.
Dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat Gagasan Rakyat Bahagian Kawang, Gulam mengajak ahli parti untuk terus menyuburkan ikatan ukhwah, silaturahim dan muafakat yang terjalin sekian lama.
Katanya, ahli parti bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga `rumah kita’ supaya sentiasa kukuh dan tidak roboh sampai bila-bila.
“Kesatuan dan perpaduan amat penting, terutama dari segi politik. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
“Saya mahu para ahli, perwakilan dan pemerhati, kuat bersemangat untuk maju ke hadapan,” katanya.
— TAMAT
Add Comment