KOTA  KINABALU: Kerajaan negeri memberikan jaminan bahawa pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah akan dilaksanakan dengan lancar.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, arahannya sangat jelas, semua pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah wajib memudahkan pelaksanaan projek berkenaan secara lancar.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Menara Kinabalu, hari ini.

Antara isu yang dibincangkan adalah mempercepatkan pelaksanaan Program JENDELA bagi mencapai 100 peratus capaian internet yang disasarkan pada penghujung 2025.

Turut dibincangkan adalah cadangan pemasangan semula 300 satelit Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) di kawasan pedalaman Sabah, sekali gus meningkatkan jumlah Pusat Ekonomi Digital (PEDI) dari 118 kepada 200 serta mempercepatkan pemasangan dan  ‘Point of Presence’ (PoP).

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. 

— TAMAT

Previous articleKerajaan sedia insentif bantu lahirkan belia berdaya saing – Nizam
Next articleProgram CSR cegah dan pendidikan antirasuah layak dapat potongan cukai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here