KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya pada Ahad.
Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di Sabah kerana menghadiri Majlis Himpunan Perdana Rakyat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim di Sabah International Convention Centre (SICC).
Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Datuk Ts Mustapha Sakmud dan Timbalannya, Encik Peto Galim, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Encik Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi, Setiausaha AMK Selangor, Encik Muhammad Afif Abdullah, Timbalan Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Encik Muhammad Daniel Iskandar Mohammad Danial Irfan dan exco-exco AMK Selangor.
— TAMAT
Add Comment