Home » PBS akan kerjasama dengan semua komponen GRS
Berita GRS Politik

PBS akan kerjasama dengan semua komponen GRS

KENANGAN: Joachim (tengah) bergambar bersama dengan semua yang hadir dalam majlis itu.

BEAUFORT: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bekerjasama dengan semua komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, PBS akan berjuang dalam GRS.

“PBS akan tetap bersama-sama dalam GRS yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri.

“Saya percaya ini adalah masa untuk kita meningkatkan usaha kita dan kalau dapat kita perlu memenangkan GRS di semua kawasan kita bertanding.

“PBS akan pegang janji, kami sentiasa bersama GRS,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 bagi lima Bahagian Pedalaman Bawah (Bongawan, Membakut, Klias, Lumadan dan Sindumin), di sini, kelmarin.

Beliau menafikan dakwaan video tular yang sengaja dibuat dan disebarkan oleh pihak pembangkang di media sosial yang mengatakan PBS-STAR akan bertanding solo pada PRN akan datang.

Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri turut menyeru semua ketua bahagian termasuk yang bukan wakil rakyat bekerja keras untuk meningkatkan kekuatan parti di bahagian masing-masing. 

Beliau mahu semua ahli parti terus bekerja untuk memastikan hak-hak rakyat Sabah terpelihara. 

Mengakui bukan senang menuntut hak-hak ini walaupun terkandung dalam Perlembagaan, beliau mengingatkan semua ahli PBS untuk meneruskan perjuangan. 

Seramai lebih 800 ahli PBS hadir pada mesyuarat itu. 

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment