KOTA BELUD:Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag yang juga Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) mengambil peluang mencuba melakukan tenunan siambitan sambil dibantu oleh kakitangan di pusat berkenaan, Hajah Landongan Haji Sulaiman, ketika lawatan di Pusat Tenunan Kampung Rampayan Laut, di Kota Belud, pada Jumaat.
Tenunan Siambitan diusahakan oleh suku kaum Irranun yang menetap di sekitar daerah Kota Belud dan kain tenunan tradisional ini dijadikan tanjak, samping atau selendang.
Lawatan bersama rombongan MUTIARA GRS itu adalah sempena Program amal menyantuni pelatih-pelatih istimewa, pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim di daerah Kota Belud dan Tamparuli serta lawatan ke Pusat Tenunan Kampung Rampayan
Laut dan Pusat Pameran di Kampung Taun Gusi,Kota Belud.
Sempena program itu, Juliah bersama rombongan turut mengambil peluang beramah mesra bersama penghuni di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti di Kota Belud.
Turut hadir sama Datin Seri Panglima (DSP) Cecilia Edwin, DSP Linda Ewit, Datin Wahida Mardiana Norsalim,Datin Noriah Hj Pg.Ahmad,YBhg Datin Lenny Natasha Tan Sri DSP Musa, Datin Anne Foo,Datin Siti Noor Liyana Abdul Latiff Bledram, Datin Tengku Adlina Marita Binti Dr Tengku Zainal Adlin, Datin Adizah Matusuf dan ahli-ahli MUTIARA GRS.
–Tamat
Add Comment