Home » Penduduk dinasihatkan tidak terpengaruh dengan fitnah
Berita Gagasan Rakyat Politik

Penduduk dinasihatkan tidak terpengaruh dengan fitnah

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kuamut, Willy Frous Darinsok

TONGOD: Penduduk kampung dinasihatkan tidak terpengaruh dengan fitnah pihak tidak bertanggungjawab berkenaan dengan pembinaan kilang simen di sini.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)  Kuamut, Willy Frous Darinsok berkata, pada ketika ini terdapat gerakan bermotifkan politik di sini khususnya di Kampung Kawayoi yang mahu rakyat menolak pembangunan itu.

Beliau difahamkan bekas wakil rakyat Kuamut adalah dalang kepada perkara itu.

Katanya, pihak berkenaan difahamkan sedang melobi untuk dicalonkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di kawasan itu.

“Kita faham tindakan beliau menanamkan kebencian kepada orang ramai didorong rasa dengki dan cemburu terhadap kewujudkan kilang simen itu yang diilhamkan oleh Wakil Rakyat sekarang Datuk Masiung Banah.

“Orang ramai terutama tinggal berdekatan di kawasam zon perindustrian kilang itu diingatkan berhati-hati dengan kumpulan yang berniat jahat ini,” katanya dalam kenyataan.

Kilang simen bernilai RM1.2 bilion yang menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan itu akan membina jalan raya dari Kg. Kayawoi yang melibatkan beberapa buah perkampungan ke jalan utama di Kg. Matiku, Nabawan.

Manakala, bekalan elektrik dan air melibatkan penduduk sekitar akan dibina serentak dengan menara telekomunikasi selepas mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

LINUPAS
LINUPAS

Sementara itu, seorang aktivis masyarakat dan bekas guru, Kim Linupas menyifatkan tindakan negatif berkenaan umpama mencentas rezeki penduduk berdekatan kilang simen itu.

Linupas yang tinggal di Kg. Inarad, dalam zon kilang simen, menegaskan agenda pihak tidak bertanggungjawab itu bertentangan dengan kehendak penduduk setempat.

“Kami sudah lama menanti kewujudan projek ekonomi rakyat itu, sekurang-kurangnya wujud tempat anak-anak kami bekerja, penduduk kampung juga akan mendapat peluang berniaga runcit bila kilang beroperasi sepenuhnya.

“Dalam masa sama penduduk juga turut menikmati limpahan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik, air dan internet yang bakal dibina oleh kilang berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pada masa ini sudah ramai anak-anak muda setempat bekerja dengan kontraktor membina tapak kilang itu.

MUARIFFIDIN
MUARIFFIDIN

Seorang penduduk di Kg. Penangah dalam zon perindustrian kilang simen, Muariffidin Chua, pula menyifatkan, agenda pihak berkenaan adalah tidak seharusnya berlaku.

Katanya, para pemikir kerajaan negeri dan pelabur tidak begitu bodoh membina kilang di kawasan luar bandar melainkan setelah membuat perancangan yang matang terlebih dahulu.

“Tidak salah beliau melobi untuk menjadi calon dengan mana-mana parti politik, tapi janganlah menabur fitnah, kononnya wujud pembalakan haram dalam zon perindustrian kilang dan pelabur kilang telah menarik diri.

“Macam mana mahu jadi calon awal-awal lagi sudah pandai berbohong dan membuat fitnah,” katanya.

Menurutnya Muariffidin, pihak berkenaan boleh membuat aduan kepada polis atau Jabatan Perhutanan jika wujud pembalakan haram di kawasan zon perindustrian kilang simen.

— UB

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment