Home » Pengagihan kerusi belum dimuktamadkan: Masiung
Berita GRS Politik

Pengagihan kerusi belum dimuktamadkan: Masiung

RASMI: Masiung memalu gong sebagai simbolik rasminya majlis itu.

SANDAKAN: Pengagihan kerusi diantara parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) masih diperingkat perbincangann dan belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah berkata, setakat ini masih terdapat komponan dalam GRS belum menghantar cadangan senarai calon.

“Bagaimanapun, perkara itu akan diperincikan dalam mesyuarat Majlis Pengerusi GRS dan PH dalam masa terdekat,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Gum-Gum, kelmarin.

Masiung berkata, beliau tidak terlibat secara langsung dalam mesyuarat itu, tetapi kebiasaannya, Presiden Gagasan Rakyat yang juga Pengerusi GRS akan memaklumkan perkara itu.

Katanya, GRS mesti bertanding sekurang-kurangnya 53 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan selebihnya 20 kerusi akan ditandingi PH,” katanya.

Beliau berkata, semua ahli parti di semua peringkat bahagian serta akar umbi perlu menghormati sebarang keputusan yang dibuat.

Masiung berkata, sentimen rakyat pada masa kini lebih kepada parti tempatan, tetapi kerjasama dengan PH harus diutamakan kerana ia bernaung di bawah Perdana Menteri.

— TAMAT