KOTA MARUDU: Program Ziarah merupakan platform terbaik bagi mendekati dan membantu golongan yang memerlukan.


Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Redonah Bahanda berkata program ziarah salah satu cara untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi.


Beliau berkata program tersebut merupakan langkah proaktif yang diambil bagi mendekati dan menyelami kesukaran golongan yang memerlukan dengan lebih dekat.


Sementara itu, beliau berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan bebanan semua penerima.


“Tujuan utama ziarah diadakan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan di samping mengeratkan hubungan antara ahli dan masyarakat,” katanya.


Sebanyak lapan buah keluarga yang kurang sihat menerima sumbangan peribadi dan beras daripada Redonah di Kampung Tagaroh Dun Bandau, kelmarin.

— Kenneddy Corlleus

Previous articleBelanjawan 2023 bukti kesungguhan Kerajaan Persekutuan bangunkan Sabah, Sarawak: Matbali
Next articleBank Islam serah zakat perniagaan kepada MUIS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here