KOTA MARUDU: Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda menyampaikan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada dua buah keluarga di Kampung Manggaris 2 di sini, baru-baru ini.
Redonah yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berkata, perumahan sememangnya satu isu yang menjadi perhatian umum terutamanya kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa.
“Rumah Mesra SMJ adalah inisiatif kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bagi membantu rakyat kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa.
“Rumah Mesra SMJ secara percuma ini sememangnya banyak membantu rakyat terutamanya mereka yang tidak mampu membina rumah di tanah sendiri disebabkan kekangan kewangan,” ujarnya dalam sebuah kenyataannya di sini.
Menurut Redonah,Program Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif dibawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tujuh Sabah Maju Jaya (SMJ) meliputi semua 73 kawasan DUN.
” Program ini perlu diteruskan dan ditingkatkan supaya lebih ramai lagi rakyat yang dikategorikan golongan e-Kasih dapat dibantu sekali gus mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan tegar ,” kata Redonah.
— TAMAT
Add Comment