Home » Rumah terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2024 Ranau meriah
Berita GRS Politik

Rumah terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2024 Ranau meriah

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin bersama tetamu kehormat Menteri Kewangan merangkap ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun serta tetamu kehormat yang lain.

RANAU: Lebih seribu hadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas 2023 dan Tahun Baharu 2024 daerah Ranau.

Dalam majlis itu, sebanyak tujuh buah gereja di sekitar daerah Ranau dan Rumah Anak Yatim Asnaf telah menerima sumbangan. 

Majlis dianjurkan bersama oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Turut hadir Menteri Kewangan merangkap ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, ADUN Telupid Datuk Jonnybone J. Kurum, ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr. Jamili Nais serta tetamu kehormat yang lain.

— TAMAT