Home » Sabah-UN kerjasama dalam tumpuan pembangunan
Berita Gagasan Rakyat Berita GRS Politik

Sabah-UN kerjasama dalam tumpuan pembangunan

Ketua Koordinator Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam, Karima El Korri (kanan) mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (kiri) di Menara Kinabalu, kelmarin.

KOTA KINABALU: Pasukan Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCT) di Malaysia berminat mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam keutamaan pembangunan selari dengan agenda 2030 untuk pembangunan mampan.

Ketua Koordinator Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam, Karima El Korri berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, kelmarin.

Ia adalah misi pertama Karima ke Sabah sebagai Ketua Koordinator PBB. Dalam pertemuan itu, beliau juga membincangkan pendekatan bagi 22 agensi PBB di Malaysia untuk memperkasakan penglibatan mereka di Sabah bersama-sama dengan Ketua Menteri.

Beliau memberikan jaminan bahawa UNCT Malaysia akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menyokong Sabah dengan matlamat pembangunan mampan sebagai panduan.

Turut hadir dalam rombingan itu ialah Ketua Pejabat Koordinator dan Perancangan Strategik Juanita Joseph dan Ahli Ekonomi Kanan Dr Richard Marshall.


— TAMAT