Home » Sayap parti Gagasan Rakyat diminta peka masalah rakyat
Berita Gagasan Rakyat Politik

Sayap parti Gagasan Rakyat diminta peka masalah rakyat

Redonah berkata, jentera parti mesti peka dengan masalah dan keperluan rakyat di kawasan mereka bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang sesuai.

SANDAKAN: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda menyeru seluruh jentera parti itu agar lebih aktif melaksanakan program ziarah dalam usaha mengenal pasti keperluan dan masalah rakyat.

Menurut beliau, program seperti itu tidak boleh dilakukan hanya untuk memenangi hati ketika pilihan raya sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan.

“Program ziarah yang kita laksanakan ini adalah merupakan gerak kerja berterusan di seluruh Sabah. Kita bukan sahaja mengunjungi orang yang sakit dan warga emas tetapi menemui ahli keluarga yang juga adalah pengundi.

“Semua ini adalah terjemahan mengenai tanggungjawab kita menjaga rakyat sama seperti kita menjaga ahli keluarga kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika semasa ditemui pada program Ziarah Sayang Wanita Gagasan Rakyat di sini semalam.

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐑𝐞𝐝𝐨𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧𝐝𝐚, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐆𝐚𝐠𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐦𝐢𝐫𝐬𝐡𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐚𝐤𝐮𝐛, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐠𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐒𝐠 𝐒𝐢𝐛𝐮𝐠𝐚 dan Puan Anna Bell Perian, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sg Sibuga merangkap Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat pusat.

Hadir sama Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga, Anna Bel Perian, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Telupid Aneh Jambri, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sekong, Hasmah Nurdin, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Elopura, Normaswati Sarjam serta ahli jawatankuasa Wanita Gagasan  Rakyat Sungai Sibuga.

Dalam Ziarah Sayang itu kira-kira 12 keluarga telah dilawati antaranya di Taman Indah Jaya, Batu 8, Kg Batu Putih, Kg Sg Kayu, Kg Sg Obar, Kg Tinusa 2, Taman Murni dan Taman Airport.

Redonah berkata, jentera parti mesti peka dengan masalah dan keperluan rakyat di kawasan mereka bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang sesuai.

“Kita mesti sentiasa dekat dengan pengundi dan rakyat, pastikan kita menziarahi mereka ini bukan hanya sekali tetapi secara berterusan sampai bila-bila.

“Kita harus tanamkan sikap sayang dalam menjaga rakyat, peka dengan keperluan semasa mereka dan kenal pasti keperluan penduduk setempat,” ujar beliau.

Sementara itu, Amirshah melahirkan terima kasih di atas keprihatinan jentera parti Gagasan Rakyat yang menziarahi rakyat di kawasan berkenaan.

“Aktiviti seperti itu memperkukuhkan silaturahim antara jentera parti serta rakyat setempat. Kita berterima kasih di atas keprihatinan Gagasan Rakyat dan diharapkan dapat dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

— TAMAT