Home » ‘Shopping Raya’ KTC rai kanak-kanak kurang berkemampuan
Berita Gagasan Rakyat Politik

‘Shopping Raya’ KTC rai kanak-kanak kurang berkemampuan

KENANGAN: Dexter (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama kanak-kanak sempena Program Shopping Raya.

KUDAT: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah, memulakan Program ‘Shopping Raya’ sempena Jelajah Iftar 2025, dengan memilih Kudat sebagai stesen pertama. 

Seramai 50 kanak-kanak dibawa membeli pakaian raya di Pekan Kudat dan setiap mereka menerima RM200 untuk membeli baju dan kasut raya.

Secara keseluruhan, seramai 850 kanak-kanak di seluruh Sabah akan menerima manfaat daripada program ini.

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berkata, program berkenaan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyantuni golongan yang memerlukan.

Beliau berharap inisiatif itu dapat membawa keriangan kepada kanak-kanak serta membantu meringankan beban keluarga mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Program ini turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor Datuk Ben Chong dan isteri; Pengarah UPPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kadin; Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Darau Datuk Aziah Atoh; serta  pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan tempatan, dan wakil daripada KTC dan UPPM.

 Kanak-kanak sedang mencari baju baharu.
BAJU BAHARU: Kanak-kanak sedang mencari baju baharu.

KTC ialah pengedar terkemuka dan menyediakan penyelesaian FMCG (Fast Moving Consumer Goods) di Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia yang ditubuhkan sejak 1938.

Syarikat yang beribu pejabat di Kota Kinabalu ini terus komited dalam membekalkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan pengedaran yang cekap kepada masyarakat. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, sila layari https://kimteckcheong.com/ atau ikuti laman Facebook Kim Teck Cheong Consolidated Berhad.

 Dexter menyampaikan sokong kepada salah seorang kanak-kanak.
PRIHATIN: Dexter menyampaikan sokong kepada salah seorang kanak-kanak.

–TAMAT