TONGOD: Daerah ini kini mempunyai sebuah mini stesen petrol dan diesel yang terletak di Kampung Sanan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, beliau mengalu-alukan pembukaan stesen berkenaan dan berharap ia menjadi kemudahan penduduk di Tongod tanpa perlu ke daerah berdekatan untuk mendapatkan petrol atau diesel.
Katanya, Tongod yang berkeluasan 10.050 kilometer persegi selama ini tidak mempunyi stesen minyak dan penduduknya terpaksa mendapat bekalan berkenaan di Telupid dan Sook.
“Stesen berkenaan diusahakan penduduk tempatan Tongod dan seorang pesara guru, Mandik Yadam, 70.
“Selain lokasinya di tepi jalan antara Pekan Tongod dan Telupid, Mandik dan keluarganya turut mengusahakan mini market dan restoran,” katanya ketika merasmikan pelancaran mini stesen minyak berkenaan.
Sementara itu, Mandik berkata, beliau dan keluarga menyediakan modal pusingan sebanyak RM500,000 untuk membuka stesen minyak yang terdiri daripada dua pam.
— TAMAT
Add Comment