KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tambunan menyampaikan sumbangan kewangan Kaamatan kepada tujuh mukim merangkumi 118 buah kampung di daerah Tambunan.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Penaja Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan, Datuk Victor P. Paut kepada pengerusi-pengerusi berkenaan bertempat dipejabatnya, di Kepayan Ridge, disini pada Isnin.
Beliau turut menyumbang komputer riba dilengkapi mesin pencetak untuk kegunaan pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kepada Pengerusi JPKK Kg. Lintuhun Tambunan.
Berucap di majlis itu, Victor berkata, sumbangan itu bertujuan untuk membantu menjayakan program Kaamatan yang bakal dianjurkan oleh tujuh mukim berkenaan pada tahun ini.
“Seperti yang kita sedia maklum penganjuran sesuatu program kebudayaan atau kemasyarakatan memerlukam perbelanjaan yang agak tinggi.
“Sehubungan itu, diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kekangan yang dihadapi mereka,” katanya.
Ketika ditemui media, Victor berkata, sumbangan berkenaan merupakan komitmennya untuk membantu dan memastikan sesuatu program kebudayaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
“Ia selari dengan perjuangan dan hala tuju kerajaan hari ini yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membela rakyat,” katanya.
Add Comment