Home » Wanita PGRS santuni pesakit kronik
Berita Gagasan Rakyat Politik

Wanita PGRS santuni pesakit kronik

Kenangan...Redonah bergambar kenangan dengan jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Inanam.

MENGGATAL:Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sempena menjelang Hari Krismas, Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) telah mengadakan lawatan di Kampung Kaliangau Manggatal semalam.

Lawatan itu dihadiri Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda bersama Ketua Wanita PGRS bahagian Inanam Meilin Medusin serta ahli jawatankuasanya.

Redonah berkata sepertimana perayaan-perayaan lain contohnya Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru China, dan kali ini golongan kurang bernasib menerima sumbangan sempena Krismas sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab kepada golongan tersebut.

Katanya, sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan supaya mereka juga dapat meraikan Krismas seperti orang lain.

Sempena lawatan itu, Redonah telah menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan dan perhiasan Krismas kepada keluarga Petrus Ayang, 62 tahun pesakit kronik ,daripada Kampung Keliangau Manggatal.

— Liza Din

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment