Home » Prestasi Syarikat Yayasan Sabah jana dividen lebih RM218 juta
Berita GRS Politik

Prestasi Syarikat Yayasan Sabah jana dividen lebih RM218 juta

PEMBAYARAN DIVIDEN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan pembayaran dividen daripada Innoprise Plantations Berhad kepada syarikat induknya, Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB).

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan penyampaian tiga pembayaran dividen melibatkan syarikat-syarikat di bawah Yayasan Sabah sebelum Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah di Menara Kinabalu, di sini, semalam.

Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) membayar dividen berjumlah RM4.08 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah yang disampaikan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

DIVIDEN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar (kanan), menyerahkan pembayaran dividen kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman (kiri).

ICSB turut membuat pembayaran dividen berjumlah RM168,299,994.90 kepada syarikat induknya, Yayasan Sabah.

Pembayaran itu disampaikan Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya, kepada Ghulamhaidar.

Sementara itu, Innoprise Plantations Berhad membayar dividen berjumlah RM45,689,187.33 kepada syarikat induknya, ICSB.

PEMBAYARAN DIVIDEN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan pembayaran dividen daripada Innoprise Plantations Berhad kepada syarikat induknya, Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB).

Secara keseluruhan, ketiga-tiga pembayaran dividen berkenaan berjumlah lebih RM218 juta.

Pembayaran dividen itu mencerminkan prestasi syarikat-syarikat berkaitan Yayasan Sabah dalam menjana pulangan menerusi pengurusan aset dan pelaburan masing-masing.

About the author

Elle ABT

Add Comment

Click here to post a comment