๐ฌ๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐๐๐ข๐ฉ๐๐ ๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐จ๐๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ก ๐ช๐๐ก๐๐ง๐
Saya menyambut baik seruan YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam memperkasakan peranan wanita di negeri ini. Seruan ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengiktiraf sumbangan dan potensi wanita sebagai rakan pembangunan yang setara.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh YAB Ketua Menteri kerana terus memberi ruang dan kepercayaan kepada wanita untuk turut sama memainkan peranan penting dalam kepimpinan, pembuatan dasar serta pembangunan sosial dan ekonomi Sabah.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) yang telah dilantik pada 5 Mei yang lalu. Pelantikan ini adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh hala tuju dan keberkesanan dasar pembangunan wanita di negeri ini.
Saya yakin dengan pengalaman, kepimpinan dan komitmen yang dimiliki oleh barisan jawatankuasa ini, kita akan dapat mengangkat lagi suara dan kepentingan wanita Sabah dalam pelbagai bidang.
Langkah-langkah ini bukan sahaja mencerminkan dasar inklusif kerajaan tetapi juga satu pengiktirafan terhadap keupayaan wanita Sabah yang cekal, berdaya saing dan berdedikasi dalam setiap lapangan.
Justeru,Saya menyeru agar semua pihak โ sama ada jabatan kerajaan, pihak swasta mahupun masyarakat โ terus bersama-sama menyokong agenda pemerkasaan wanita demi kemajuan negeri yang lebih holistik dan seimbang.
๐๐ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค ๐
๐ฅ๐จ๐ฏ๐ข๐ ๐๐
๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฃ๐๐ก๐ญ๐๐ซ๐๐๐ง
๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐

























Add Comment