𝗬𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗙𝗟𝗢𝗩𝗜𝗔 𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔
Saya menyambut baik seruan YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam memperkasakan peranan wanita di negeri ini. Seruan ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengiktiraf sumbangan dan potensi wanita sebagai rakan pembangunan yang setara.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh YAB Ketua Menteri kerana terus memberi ruang dan kepercayaan kepada wanita untuk turut sama memainkan peranan penting dalam kepimpinan, pembuatan dasar serta pembangunan sosial dan ekonomi Sabah.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) yang telah dilantik pada 5 Mei yang lalu. Pelantikan ini adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh hala tuju dan keberkesanan dasar pembangunan wanita di negeri ini.
Saya yakin dengan pengalaman, kepimpinan dan komitmen yang dimiliki oleh barisan jawatankuasa ini, kita akan dapat mengangkat lagi suara dan kepentingan wanita Sabah dalam pelbagai bidang.
Langkah-langkah ini bukan sahaja mencerminkan dasar inklusif kerajaan tetapi juga satu pengiktirafan terhadap keupayaan wanita Sabah yang cekal, berdaya saing dan berdedikasi dalam setiap lapangan.
Justeru,Saya menyeru agar semua pihak – sama ada jabatan kerajaan, pihak swasta mahupun masyarakat – terus bersama-sama menyokong agenda pemerkasaan wanita demi kemajuan negeri yang lebih holistik dan seimbang.
𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐅𝐥𝐨𝐯𝐢𝐚 𝐍𝐠
𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧
𝟕 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓
Add Comment