Awang Ahmad Sah (duduk, tengah) mengumumkan keluar Warisan dan menyertai Gagasan Rakyat dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU – Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (Warisan) mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Isnin.
Beliau yang juga sebelum ini Bendahari Warisan berkata, keputusan itu diambil selepas melakukan perbincangan dengan pemimpin bahagian.
“Pada hari ini, saya beserta dengan keseluruhan cawangan kecuali tiga atau empat cawangan mengumumkan bahawa kami meninggalkan Warisan dan menyertai Gagasan Rakyat pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya dalam sidang akhbar itu.
Sebelum itu, pada 6 Februari lalu, tiga ADUN Warisan keluar daripada parti dan menyatakan sokongan terhadap Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah.
— ASYIKIN ASMIN
Add Comment