Home » Anthony Loke diseru hormat dan beri keyakinan kepada PM
KENYATAAN MEDIA Politik

Anthony Loke diseru hormat dan beri keyakinan kepada PM

Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Rahman Yakub

Saya mengulangi kenyataan awal, bahawa semua pihak terutama komponen kerajaan perpaduan wajib menghormati YAB Perdana Menteri (PM)selaku pemimpin kerajaan. Kita tunjukkan rasa hormat dan keyakinan kita kepada kepimpinan negara seperti yang dijelaskan dalam konsep Malaysia Madani.

YAB PM telah memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas dan telus. Bukankah itu yang memang kita mau dan sering diungkapkan secara konsisten selama ini?

Tindakan drastik seperti meninggalkan kerajaan negeri sebelum siasatan selesai adalah terburu-buru dan tidak konsisten dengan prinsip undang² – seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Hajiji (kanan) ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas PM Anwar di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya .

Kenyataan awal oleh setiausaha DAP Sabah Vivian Wong yang mengiktiraf dan menghargai tindakan tegas KM yang tidak mengeluarkan lesen melombong adalah tepat.

Disebalik pelbagai khabar yang dipetik daripada sumber video yang disunting itu, satu fakta yang jelas ialah YAB KM tiada mengeluarkan lesen dan menyerahkan kawasan mineral kepada mana-mana pihak. Oleh itu semua pihak patut memuji dan berterima kasih dengan YAB KM atas tindakan tegas ini.

Saya percaya Dap dan PKR yang sekian lama konsisten bersama YAB PM akan terus berdiri teguh dalam menangani isu yang sedang dimainkan sekarang ini.

*Abdul Rahman Yakub merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment