Home ยป Aspirasi Perjuangan Dr Jeffrey Konsisten – dia memang begitu dari dulu
KENYATAAN MEDIA Politik

Aspirasi Perjuangan Dr Jeffrey Konsisten – dia memang begitu dari dulu

Datuk Jalumin Bayogoh merupakan Pengarah Komunikasi Parti Star

Saya selaku Pengarah Komunikasi Parti STAR ingin menegaskan ucapan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan pada Majlis Pelancaran Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai keperluan Sabah untuk menjaga urusan sendiri dan tidak membiarkan parti dari luar negeri “menjajah” adalah satu seruan yang signifikan, mencerminkan aspirasi autonomi dan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pandangan beliau menunjukkan keprihatinan terhadap pengaruh politik dari luar yang mungkin tidak sepenuhnya memahami realiti dan keperluan unik rakyat Sabah.

Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan yang juga merupakan Presiden Parti Star.

Jika kita imbas cara Dr Jeffrey Kitingan menyuarakan aspirasi perjuangannya, tidak ada yang pelik dengan ucapan beliau pada Hari Pelancaran Pemuda GRS itu. Malah, di Dewan Parlimen sekalipun, beliau menyuarakan kepentingan kerajaan menghormati hak-hak rakyat Sabah.

Ketika Parti StarSabah yang diketuai oleh beliau masih berstatus PEMBANGKANG, Dr Jeffrey selalu “turun padang”, berpanas dan berhujan bersama rakyat menyuarakan hak-hak Sabah yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan namun selalu ditangguhkan.

Bagi penyokong Dr Jeffrey yang sudah bersama beliau, kelantangan dan keberanian Dr Jeffrey menyuarakan ketegasan menjaga Sabah adalah satu kelegaan kerana ternyata perjuangan beliau masih teguh dan tidak berubah setelah mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Bagi rakyat Sabah. Pendekatan Dr Jeffrey dilihat sebagai satu usaha untuk memperkasakan politik tempatan, memastikan bahawa dasar dan keputusan dibuat berdasarkan keutamaan rakyat Sabah dan bukannya ditentukan oleh kepentingan luar.

Kritikan dari pemimpin Umno terhadap pendirian ini mungkin muncul dari segi praktikaliti dalam konteks politik negara yang bersifat Persekutuan.
Atau mungkin juga, kritikan ini bersifat “mahu jadi starring” dengan mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri kerana “berani mengkritik” Dr Jeffrey.

Pada dasarnya, seruan Dr. Jeffrey mencerminkan sentimen ramai rakyat Sabah yang ingin melihat negeri Sabah bebas daripada pengaruh luar yang berlebihan, dan fokus pada pembangunan yang berpandukan suara tempatan.

*Datuk Jalumin Bayogoh merupakan Pengarah Komunikasi Parti Star

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment