Home » Bajet 2024 cerminan komitmen kerajaan kepada wanita – Wanita GRS
Berita GRS KENYATAAN MEDIA Politik

Bajet 2024 cerminan komitmen kerajaan kepada wanita – Wanita GRS

Ketua Penerangan Wanita GRS pusat Yvonne Yong Yit Phung berkata Wanita GRS juga turut mengalu-alukan Bajet 2024 yang dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan , Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang progresif serta berpandangan jauh.

Terlebih dahulu, Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri atas peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM6.960 bilion pada tahun 2022.

Kutipan  ini merupakan jumlah yang tertinggi yang pernah direkodkan dan telah  membantu meningkatkan jumlah peruntukan untuk semua sektor termasuk pembangunan wanita.

 Ternyata dasar dan inisiatif dilaksanakan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  sejak terajui kerajaan di bawah GRS berada dilandasan yang betul.


Wanita GRS  juga turut  mengalu-alukan Bajet 2024  yang dibentangkan oleh YB  Menteri Kewangan , Datuk Seri Panglima Masidi Manjun  yang progresif serta berpandangan jauh.  Sebanyak  RM6.27 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) untuk menggalakkan kesaksamaan gender dan memanfaatkan potensi wanita.

Mengambil kira faktor populasi wanita di Sabah, Wanita GRS ingin mencadangkan supaya peruntukan tersebut ditambah sejajar dengan keperluan ekonomi  semasa.

Fokus utama Wanita GRS adalah pemerkasaan wanita .

Pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh golongan wanita di Sabah akibat daripada penularan wabak COVID-19. Oleh itu, adalah kewajipan kami  menyediakan sistem sokongan yang padu  kepada wanita agar mereka sentiasa terbela dengan mengadakan pelbagai program dan latihan dalam keusahawanan.

Namun usaha dan inisiatif ini harus didokong dengan kerjasama erat di antara Wanita dan Kerajaan Negeri serta organisasi lain yang memperjuangkan matlamat yang sama.

Wanita GRS juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan pimpinan YAB Ketua Menteri yang sentiasa mengambil berat tentang keperluan rakyat.

Sebanyak RM11 juta telah diperuntukkan melalui Yayasan Usaha Maju (YUM) bagi membantu suri rumah, ibu tunggal, usahawan kecil, petani, penternak, nelayan dan pemilik perniagaan kecil yang memerlukan pinjaman mikrokredit untuk menjalankan aktiviti ekonomi.

Usaha ini mecerminkan jaminan Kerarajaan bahawa wanita sentiasa mendapat peluang dan faedah yang sama rata.


YVONNE YONG YIT PHUNG
KETUA PENERANGAN WANITA PARTI GABUNGAN RAKYAT SABAH
29 NOVEMBER 2023