KOTA KINABALU: Rakyat yang sudah berdaftar dengan e-Kasih dijamin akan mendapat bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR).
Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Datuk Awang Kadin Tang berkata, seramai 55,000 penerima yang mempunyai akaun e-Kasih akan menerima bantuan SYUKUR yang akan dimasukkan dalam akaun bank masing-masing bermula pertengahan Februari lalu sehingga bulan ini.
“Pada ketika ini, hanya 87,000 sahaja yang sudah berdaftar dengan e-Kasih…maka baki jumlah penerima itu tidak perlu bimbang kerana anda dijamin akan menerima SYUKUR.
“Untuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank tetapi berdaftar dengan e-Kasih, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing akan mengagihkan bantuan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Isnin di sini.
Bagaimanapun, beliau akan mengarahkan PPM setiap kawasan untuk menyampaikan maklumat berkaitan selepas mendapat taklimat lebih lanjut daripada kerajaan negeri.
“Kepada mereka yang baharu berdaftar dengan e-Kasih, anda perlu bersabar kerana ia masih dalam proses,” katanya.
–Yap Siong Han
Add Comment