Home » “BELANJAWAN SABAH 2025: Belanjawan untuk Semua”
KENYATAAN MEDIA Politik

“BELANJAWAN SABAH 2025: Belanjawan untuk Semua”

YB Senator Puan Anna Bell Perian @Suzieana merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Beliau juga merupakan Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga.

Alhamdullilah, mengambil keberkataan di petang penghulu segala hari, Jumaat 15 November 2024, Belanjawan 2025 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun. ”Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera” begitulah tema belanjawan tahun hadapan yang sangat signifikan dengan komitmen Kerajaan di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor dalam memacu pembangunan dan kemajuan negeri demi kesejahetraan rakyat Sabah.

Peruntukkan sebanyak RM6.421 bilion bagi Belanjawan 2025 yang diumumkan itu merupakan perbekalan tertinggi dalam sejarah kita di Sabah. Walaupun ada yang mengatakan Belanjawan 2025 adalah belajawan menjelang pilihanraya, namun hakikatnya ia adalah seiring dengan kos sara hidup yang sedang meningkat dan pada masa yang sama menunjukkan iltizam kerajaan negeri untuk mempertingkatkan modal insan dan Kemahiran dalam bidang teknolgi yang mencangkumi pelbagai sektor. Sudah tentu Belanjawan ini meliputi semua bidang industri, social dan ekonomi dan mencakupi pelbagai lapisan masyarakat dan memastikan tiada golongan tercicir dalam belanjawan ini.

Bagi menangani isu-isu kemudahan infastruktur seperti masalah air, jalan raya, loji air, dewan, Kerajaan telah memperuntuk RM3.247 bilion. Semoga dengan pertambahan peruntukkan sebanyak 21% berbanding tahun 2024 ini pelbagai isu kemudahan infrastruktur yang dialami dikebanyakan kawasan dapat dibaiki dan dinaiktaraf sejajar dengan harapan dan keperluan rakyat.

Seperti lirik lagu yang berbunyi buruh, nelayan dan juga petani, gaya hidup kini dah berubah , Belanjawan 2025 memperuntuk sebanyak RM838.42 juta untuk sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan. Daripada jumlah ini sebanyak RM521.37 juta diaggihkan kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan serta Jabatan di bawahnya. Diharap dengan peruntukkan ini maka rakyat Sabah yang mencari rezeki tidak kira sebagai petani, nelayan, penerokan dan yang sewaktu dengannya akan mampu mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pendapatan untuk keselesaan dan kesejahteraan keluarga.

Bagi mengurangkan isu pengangguran di Sabah dan mengurangkan penghijrahan anak muda di Sabah untuk ke luar negeri atau negara untuk mencari kerja, Kerajaan akan mempertingktakan sektor Perindustrian di negeri ini. Berkat kepimpinan yang berwibawa dan keyakinan pelabur asing terhadap Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan YAB DSP Haji Hajiji Mohd Noor, kita berjaya menarik dua pelabur asing iaitu Syarikat SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd dari Negara Korea Selatan dan Kumpulan Kibing daripada Negara China dengan nilai pelaburan masing-masing berjumlah RM4.28 bilion dan RM2.48 bilion. Pelaburan ini juga bakal memberi peluang pekerjaan kepada 5,000 rakyat Sabah dan 600 tambahan peluang pekerajaan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). Begitu juga dengan peluang-peluang pekerjaan yang akan dan bakal diberi kepada rakyat Sabah hasil projek dan pelaburan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu dan Sabah Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) Sipitang.

Begitu juga dengan usahawan dan para pelajar atau mahasiswa. Pelbagai bantuan seperti bantuan kewangan dan insentif kepada Usahawan Muda dan bantuan kewangan kepada pelajar dan mahasiswa juga terlalu banyak diperkenalkan semuanya agar nasib mereka terbela dan mampu menyaingi dunia yang penuh cabaran ini. Suka juga saya ‘hightlightkan’ mengenai isu kemiskinan di Sabah yang sering menjadi fokus dan agenda utama kerajaan. Kerajaan Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM488.5 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan. Antara lainnya ialah Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, bantuan one-off RM5,000 kepada penjaja tepi jalan, Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Rangkuman Belanjawan 2025 ini merangkumi pelbagai inisitiaf lain yang meliputi kesihatan, Pendidikan, pembangunan, kelestarian bumi hijau, teknologi maklumat, Kebajikan dan semua aspek untuk semua rakyat tidak kira tua muda, yang tinggal di bandar, pinggir bandar, dan juga pedalaman akan tentu menikmati peruntukan belanjawan.

Sudah tentu kejayaan Belanjawan 2025 untuk negeri Sabah ini memerlukan dukungan padu daripada kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (YAB PMX) yang dilihat sangat komited dalam merealisasikan impian rakyat Sabah sebagaimana dalam Perjanjian MA63. Sesungguhnya dukungan YAB PMX dalam memberi kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada YAB Ketua Menteri Sabah dalam mengemudi pentadbiran negeri Sabah mengikut acuannya sendiri amatlah dihargai. Marilah kita sama-sama berdoa agar bumi Malaysia dan Sabah akan terus aman dan damai dan mampu membangun dan maju ke pentas dunia.

*YB Senator Puan Anna Bell Perian @Suzieana merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)
*Beliau juga merupakan Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga.