Home » Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman rai 100 pelajar SK Termenung Tuaran
Berita Gagasan Rakyat Politik

Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman rai 100 pelajar SK Termenung Tuaran

CERIA:Noorazmahirah bergambar kenangan bersama 100 orang pelajar SK Termenung Tuaran di hadapan Jakels Silk House di Alamesra semalam.

KOTA KINABALU – Kira-kira 100 pelajar Sekolah Kebangsaan Termenung, Tuaran ceria ketika diraikan Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman bagi membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri di sini semalam.

Mereka yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya, anak yatim, asnaf dan miskin dibawa ke Jakels Silk House Alamesra bagi membeli pakaian baharu untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman, Noorazmahirah Noorzain berkata, program yang merupakan tahun ketiga penganjuran itu adalah inisiatif bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak terbabit selain memberi kegembiraan kepada mereka.

Sebahagian beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman melayan karenah pelajar SK Termenung Tuaran membeli baju raya.

“⁠Ini adalah sumbangan kecil dari kami yang diharapkan sedikit sebanyak membantu menceriakan suasana hari raya mereka yang bakal disambut tidak lama lagi.

“Kita berharap lebih banyak pihak yang akan mengadakan program sebegini agar lagi ramai dapat menikmati bantuan sempena Syawal,” katanya.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman, Cikgu Jumar Kamsari dan guru-guru pengiring daripada SK Termenung, Tuaran

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment