Home » Hajiji berbuka puasa bersama rakyat di Putatan
Berita GRS Politik

Hajiji berbuka puasa bersama rakyat di Putatan

ZAKAT: Hajiji menyerahkan sumbangan Pusat Zakat Sabah kepada penerima di Putatan.

PUTATAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbuka puasa bersama orang ramai di Masjid Daerah Putatan pada Rabu di sini .

Sebelum berbuka puasa, Hajiji menyampaikan bakul makanan yang disumbangkan oleh Pusat Zakat Sabah kepada 75 asnaf di daerah ini.

Beliau juga menyerahkan kunci replika kepada 15 penerima Rumah Mesra SMJ di sini.

Ketua Menteri diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat dan Ahli Parlimen Putatan.

— TAMAT