KOTA KINABALU:Biro Wanita dan Masyarakat (BWM) Wanita Gagasan Rakyat telah menganjurkan Bengkel Menjana Pendapatan Melalui Medsos di Pejabat Gagasan Rakyat Pusat pada Sabtu.
Dianggarkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada ibu tunggal dan B40 telah mengikuti bengkel tersebut.
Pengerusi BWM dan Exco Wanita Puan Hjh Masturah Hj Jamrah berkata anjuran ini merupakan satu inisiatif Wanita Gagasan Rakyat untuk memperkasakan wanita dari segi ekonomi melalui program latihan.
‘Pemerkasaan ekonomi diri melalui aplikasi medsos seperti tiktok, instagram dan youtube merupakan topik semasa yang popular.”
“Melalui penerokaan ilmu-ilmu baru boleh membantu menjana pendapatan untuk keluarga terutamanya bagi wanita yang memulakan kehidupan baru, selepas penceraian, penderaan dan sebagainya,” ujarnya.
Bengkel anjuran BMW dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah Datuk Redonah Bahanda.
Turut hadir Ketua Penerangan Wanita Puan Annabell Hj Perian,Exco-exco Wanita Pusat dan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan merangkap Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Luyang Datuk Hjh Ruhsimah Hj Zakaria.

— TAMAT
Add Comment