Home » DUN Usukan milik GRS
Berita GRS Politik

DUN Usukan milik GRS

TERIMA KASIH:Japlin menyampaikan cenderahati kepada Nizam.

KOTA BELUD:Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan Usukan akan ditandingi oleh calon daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 akan datang.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) DUN Usukan, Datuk Japlin Akim menegaskan bahawa parti GRS paling layak dan sesuai untuk mewakili rakyat di kawasan berkenaan.

“Kita tidak akan berkompromi lagi, kita akan pastikan Usukan menjadi milik GRS pada pilihan raya akan datang dan ini adalah pendirian kita,” katanya semasa bmerasmikan majlis Seminar Solidariti Mendepani PRN-17 di Dewan Terbuka Datuk Japlin, Kota Belud pada Sabtu di sini.

Beliau berkata, Gagasan Rakyat Usukan sudah membuat segala persiapan dan  tidak akan berundur ke belakang lagi, mereka mesti terus bergerak ke hadapan dan akan pastikan kerusi DUN Usukan menjadi milik GRS.

Katanya, melalui wakil GRS sahaja segala permasalahan dan keperluan rakyat di DUN Usukan akan lebih terbela selain meningkatkan lagi kemudahan yang ada.

Sementara itu, Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan pula berkata, kerajaan Warisan merupakan kerajaan paling gagal semasa menerajui kerajaan Sabah selama dua tahun (2018-2020).

“Apa juga yang dibuat oleh GRS…Warisan ‘mengclaim’ itu adalah usaha mereka. Ibarat lembu punya susu sapi dapat nama.

“Ketua Menteri sekarang Datuk Hajiji banyak buat pembaharuan untuk kemajuan dan kesejahteraan serta memacu masa depan rakyat Sabah,” jelas Nizam.

Tambah Nizam, rakyat diharapkan tidak mudah terperdaya kata-kata manis pembangkang. Hal ini kerana mereka hanya tahu berbohong kepada rakyat, serta berjanji di sana sini.

Beliau berkata, politik Sabah kini juga semakin stabil di bawah kerajaan pimpinan Datuk Hajiji dan sewajarnya rakyat terus memberikan mandat kepada beliau untuk terus menerajui kerajaan demi kesejahteraan kepada semua.

TERIMA KASIH: Dr Davina menyerahkan kerusi roda kepada Japlin sambil diperhati oleh Nizam.

Dalam majlis itu, Japlin turut menerima lima kerusi roda daripada Pengerusi Biro Kesihatan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Dr Davina Datuk Markus Majihi.

Hadir sama Pengarah Ikrar, Azrul Ibrahim, ahli jawatankuasa Bahagian Gagasan Rakyat Usukan, sayap-sayap pergerakan, parti komponen Gabungan Rakyat Sabah serta ketua-ketua PDM bahagian Usukan.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment