Home ยป Majlis Penyerahan Kepala Singa 2025 pada Khamis
Berita Gagasan Rakyat Politik

Majlis Penyerahan Kepala Singa 2025 pada Khamis

ALBUM: Roland (duduk, tiga kanan) ketika dalam mesyuarat yang diadakan

KOTA KINABALU: Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Tiong Hua Sabah sempena Tahun Baharu Cina 2025 akan diadakan pada 9 Januari 2025.

Acara berkenaan akan bermula pada 10 pagi bertempat di Dewan Hakka, di sini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Penganjur Induk Majlis, Datuk Dr Roland Chia amat berbesar hati dengan kehadiran Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun bagi merasmikan majlis berkenaan.

“Majlis ini adalah anjuran bersama dengan Pejabat Ketua Menteri, Kementerian Kewangan,  Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 

“Antara penerima Kepala Singa adalah dari Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Inanam, Menggatal dan Papar,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas acara permulaan ini, daerah-daerah seperti Sandakan, Tawau, Beaufort, Sipitang, Lahad Datu, Tenom, Keningau, Ranau, Tuaran, Tamparuli, Kudat, Kota Marudu dan Labuan turut akan menerima Kepala Singa pada tarikh yang akan ditentukan kemudian oleh penganjur setempat.

Katanya, program Penyerahan Kepala Singa tahun 2025 merupakan tahun kelima dianjurkan. 

“Program ini merupakan ilham Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada 2021 adalah bagi menghargai sumbangan masyarakat Tiong Hua di Sabah dari segi kebudayaan, pembangunan modal insan dan juga pemangkin ekonomi di Sabah,” katanya.

–Yap Siong Han

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment