Home » Golongan asnaf DUN Tandek terima sumbangan bakul makanan raya
Berita GRS Politik

Golongan asnaf DUN Tandek terima sumbangan bakul makanan raya

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama ADUN Tandek Datuk Hendrus Anding menyampaikan bakul makanan kepada golongan asnaf

KOTA MARUDU: Golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya sempena Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Tandek di sini.

Sumbangan disampaikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bagi meringankan beban golongan memerlukan dan menyemarakkan semangat perpaduan serta keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Hajiji diiringi Pembantu Menteri I Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Datuk Hendrus Anding.

Orang ramai berswafoto dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor semasa Rumah Terbuka Hari Raya DUN Tandek

Majlis turut dihadiri barisan kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kota Marudu serta pemimpin masyarakat setempat yang memeriahkan suasana sambutan Hari Raya bersama komuniti itu.

Program ini antara usaha berterusan kerajaan negeri dalam mendekati rakyat secara langsung serta memastikan kebajikan golongan kurang berkemampuan sentiasa terbela, terutamanya dalam menyambut perayaan besar seperti Aidilfitri.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment