Home » GRS kekal kerjasama dengan PH hadapi PRN17
Berita GRS Politik

GRS kekal kerjasama dengan PH hadapi PRN17

MESYUARAT: Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (dua kiri), Masidi (kiri) serta kepimpinan GRS lain merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang diadakan pada malam Ahad.

Menurutnya, kerjasama tersebut telah banyak membantu menstabilkan landskap politik Sabah dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menumpukan sepenuhnya kepada usaha pembangunan negeri, termasuk menyelesaikan masalah berkaitan kemudahan asas.

“Kepimpinan GRS akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan PH dalam masa terdekat bagi menentukan agihan kerusi yang akan ditandingi oleh parti masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Masidi menegaskan, GRS kekal berpendirian bahawa parti-parti tempatan perlu memainkan peranan utama dalam kerjasama yang dipersetujui.

Beliau turut memaklumkan bahawa Majlis Tertinggi GRS tidak membincangkan atau menyentuh sebarang kerjasama dengan parti lain untuk menghadapi PRN17.

— TAMAT

About the author

Elle ABT

Add Comment

Click here to post a comment