Home » Hajiji dengar taklimat mengenai pembinaan Pusat Islam Sandakan
Berita GRS Politik

Hajiji dengar taklimat mengenai pembinaan Pusat Islam Sandakan

TAKLIMAT: Hajiji (dua kiri) semasa dalam taklimat berkenaan.

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendengar taklimat daripada Projek Arkitek, Pusat Islam Sandakan, Mir Zafriz Mior Zawari mengenai pembinaan Pusat Islam Sandakan, di Jalan Sungai Kayu, di Sandakan pada Khamis.

Taklimat itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M Yahya; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Pembinaan projek itu dengan matlamat untuk meningkatkan syiar Islam di Sabah sekali gus menjadikan kompleks berkenaan sebagai mercu tanda baharu bandar Sandakan, kini siap kira-kira 75 peratus. 

Pusat itu yang menempatkan pelbagai kemudahan termasuk masjid dan dewan, dijangka siap pada akhir tahun ini.

Pada sebelah petang, Hajiji turut menghadiri majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena sambutan Maulidur Rasul SAW di Masjid Daerah Sandakan.

— TAMAT