TAWAU: Datin Hajah Salihah Haji Tahir, mantan Exco dan Bendahari Wanita Warisan Nasional, hari ini tampil membuat laporan polis terhadap satu posting media sosial yang didakwa memaparkan tangkap layar palsu kononnya perbualan antara beliau dengan Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan.
Posting yang dimuat naik oleh seorang facebooker pro-Warisan menggunakan nama “Huzaifah Al Likasi” itu mendakwa kononnya perbualan tersebut bertujuan menunggang isu kematian tragis arwah Zara Qairina bagi menyebarkan fitnah terhadap Warisan.
Salihah menegaskan bahawa tangkap layar tersebut adalah palsu sepenuhnya, direka dengan niat jahat untuk merosakkan reputasi serta menjatuhkan maruah dirinya.
“Ini satu fitnah yang dibuat semata-mata untuk memburukkan nama saya. Saya tidak pernah terlibat dalam perbualan seperti yang ditularkan,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan juga telah membuat laporan polis di Kota Kinabalu terhadap individu sama berhubung dakwaan fitnah tersebut.
Untuk rekod, Salihah bersama beberapa pemimpin tertinggi Wanita Warisan telah meninggalkan parti itu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 pada September 2020 atas dasar hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal. Kini, beliau meneruskan perjuangan politiknya bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
— TAMAT

























Add Comment