KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor hadir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Sabah Energy Corporation (SEC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini hari ini.
Dalam majlis berkenaan, Hajiji menyaksikan penyampaian sumbangan RM200,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif SEC, Datuk Adzmir Abdul Rahman kepada Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah, Rugayah Awang Besar.
SEC yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Annuar Ayub turut melancarkan Buku Pelan Anti Rasuah bagi SEC.
— TAMAT
Add Comment