KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag mengiringi Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dewan Seri Kinabalu di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Isnin.
Majlis berkenaan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya serta barisan kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong.
— TAMAT

























Add Comment