Home » Hajiji, Saifuddin dan Armizan bincang isu berkaitan keselamatan di Sabah
Berita Gagasan Rakyat Berita GRS Politik

Hajiji, Saifuddin dan Armizan bincang isu berkaitan keselamatan di Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengadakan perjumpaan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali di Kuching, Sarawak, petang tadi.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu turut membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan di Sabah.

Pada malam ini, Ketua Menteri dan isteri, Datin Seri Juliah Salag turut menghadiri sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di Kuching, Sarawak.

— Warta Oriental